by:WAN AHMAD FATHIIZUDDIN BIN JAMALUDDIN
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)
willian Shakerspere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah, ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
Pujangga menyebut: "SENYUMan itu kelopak. tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot, manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot dibahagian muka. perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. bayangkanlah!!!!

orang akan merasa dihargai apabila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita. so, kenapa tidak kita mulakanya.
SENYUM adalah bahasa Dunia. ia menunjukkan keceriaan dalam diri kita sendiri.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan zahir yang tidak sempurna.
SENYUMan merupakan satu sedekah. SENYUMlah selalu, ia tidak pernah merugikan kamu.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM harus ada ketulusan, baru nampak keikhlasan, lahirlah persahabatan.

Tp awas!!! jgn menyalah gunakan SENYUMan.
0 comments:
Post a Comment