Pages

Thursday, June 17, 2010

1001 inventions and the library of secrete~

by: NUR ADILAH BINTI ABDUL HAMID



mendedahkan kegemilangan islam  di zaman kegelapan.adakah anda kenal mereka?..

3 amalan yang berkekalan..

from:RAHMAN

daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.”

Saturday, May 15, 2010

IKHLAS

 by:AQILAH HUSNA BINTI JAMALUDDIN


IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman
IKHLAS adalah rahsia Allah hingga para malaikat tidak mengetahuinya dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesaninya.
IKHLAS adalah penentu sama ada amalan diterima atau ditolak
ISLAM tidak membenarkan seseorang hamba mengaku ikhlas
sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum pengakuannya dia betul2 ikhlas.automatik ikhlasnya akan terbatal.

contoh:"ambillah.,aku ikhlas nie"
             "saya tolong awak ni dengan ikhlas"
penggunaan "yang ikhlas" dalam akhir surat kiriman tidak rasmi juga akan menyebabkan terbatalnya ikhlas.

MAKSUD IKHLAS: MURNI,BERSIH,TIDAK BERCAMPUR DENGAN JENIS2 LAIN ,TIDAK DINODAI SEPERTI AIR YANG BERCAMPUR SABUN ATAU TEPUNG


ada 3 jenis kerosakan ikhlas pada 3 waktu yang berbeza:

1)AWAL:
 contoh:berdakwah..
    "aku nak jadi femes lpas nie"
    "dengan ceramah nie, dapatla duit poket"

ada juga yang menghentam seseorang /golongan tertentu sebelum berceramah,akibatnya rosaklah ikhlas

2)PERTENGAHAN:
 semasa berceramah, tiba2 orang mengangguk2/ menagis,
jika terdetik dalam hati:
                " hebat juga aku berceramah,menangis pulak makcik tu"
maka terbatallah ikhlasnya

3)AKHIR:
 selepas berceramah,tiba2 ditegur rakan:
"hebatlah ceramah awak tadi"
waktu itu terbatallah ikhlas sekiranya ada perasaa ujub dan tidak menyedari semuanya datang dari Allah..

Monday, May 10, 2010

DEMI MASA

by:NURAIN BINTI MAHFAR



Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)



Baru kuteringat, zaman-zaman studi dulu, memang selalu diakhiri majlis dengan bacaan tasbih kaffarah..tak sedar rupa-rupanya dah jauh ku melupakan amalan itu…jahilnya diri nie, ayat yang cukup simple tu sebenarnya patut terus diamalkan…
meh kita sama-sama amalkan bacaan tasbih kifarah, moga Allah menerima keampunan kita
****
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”. سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
****
Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis"

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.