Pages

Friday, April 23, 2010

iklan artikel: kenapa perlu baca Al-quran walaupun x faham?..

by:ADMIN..=) 

 
kata orang tidak berguna seseorang yang membaca AL-quran tanpa memahaminya..betul ke??~dan relevankah alasan kita untuk tidak membaca Al-quran kerana tidak memahaminya?..


ikuti kisah ini:
Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya. “Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. 


Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal. “Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal. “Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”. “Tak ada gunaya” bentak si cucu. 

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah” Subhanallah. 

Al-quran adalah mu'jizat yg diturunkan kepada Rasulullah,walaupun hanya dilihat,tetap dapat pahala..subhanallah
wallahu alam..

Thursday, April 22, 2010

4 Perkara Sebelum Tidur

 by:
ZUBAIDAH ISMAIL BT ZULKIFLI
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Monday, April 12, 2010

MIMPI SEORANG HAMBA ALLAH.

by:NABILAH BT MOHD HASHIM



pada suatu malam, bermimpilah seorg hamba Allah..kelihatan di dalam mimpinya itu, dia sedang berjalan-jalan di pentas langit di temani seorg ( seorg..? ) malaikat..

dalam persiarannya, dia telah melintasi beberapa buah bilik..'
bilik 1 : sebuah bilik yang besar..kelihatan begitu raaaamai malaikat2 lain yang sedang sibuk bekerja mengecek-memeriksa kotak2 bungkusan yang begitu banyak utk di uruskan..periksa..tanda-tanda..sibuk sekali!

berjalan lagi pemuda itu..

bilik 2 : situasi yang hampir sama..bilik yang besar, ramai malaikat di dalamnya..sibuk sekali ! situasi bilik ini menggambarkan bungkusan2 yang rapi diikat kemas, siap utk di hantar ke destinasi masing..dengan nama dan alamat masing2..

perjalanan di teruskan..pemuda itu terlintas sebuah bilik lagi, yang sunyi sahaja..kecil dan, hanya ada satu malaikat sahaja di dalamnya, bersama satu bungkusan kecil..

dgn penuh kerunsingan si pemuda pun bertanya kepada malaikat yang menemaninya itu..
" wahai malaikat, bilik2 apakah yg telah aku lintasi sebentar tadi..? "

'' bilik 1 itu adalah bilk penerimaan permintaan daripada penghuni bumi setiap hari, maka betapa banyaknya permintaan daripada para penghuni bumi dapat kau perhtikan..
bilk 2 pula adalah bilik dimana permintaan2 manusia dihantar ( ditunaikan ) kepada mereka..
manakala bilik ke 3 pula.."

sang malaikat tunduk..malu..

" bilik 3 pula adalah bilik penerimaan ucapan terima kasih daripada manusia kepada Allah setelah permintaannya di kabulkan.."

terduduk sang pemuda..insaf!

benarla kata2 Yang Maha Memberi..

" Dan apabila hamba2Ku bertanya kepadamu ( Muhammad) tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat . Aku kabulkan permohonan org berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi permintaanKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran " { surah al-Baqarah : 186 }

" Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu pohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu x akan mampu menghitungnya, sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah ) " { surah Ibrahim : 34 }

" Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dgn rahmat itu, tetapi apabila mereka ditimpa sesuatau musibah kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa " { surah arRum : 36 }

Thursday, April 8, 2010

SeNyUM

by:WAN AHMAD FATHIIZUDDIN BIN JAMALUDDIN

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan...
willian Shakerspere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan
SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah, ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. bukankah ketawa yang sopan itu sihat?


Pujangga menyebut: "SENYUMan itu kelopak. tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.



Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot, manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot dibahagian muka. perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. bayangkanlah!!!!

Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan. apabila kita SENYUM, orang akan SENYUM semula pada kita.

orang akan merasa dihargai apabila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita. so, kenapa tidak kita mulakanya.

SENYUM adalah bahasa Dunia. ia menunjukkan keceriaan dalam diri kita sendiri.



SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan zahir yang tidak sempurna.

SENYUMan merupakan satu sedekah.  SENYUMlah selalu, ia tidak pernah merugikan kamu.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM harus ada ketulusan, baru nampak keikhlasan, lahirlah persahabatan.




     Tp awas!!! jgn menyalah gunakan SENYUMan
.
  



 


 


Wednesday, April 7, 2010

ISLAM itu dagang (asing)

by:MOHD FIKRI ISMAIL BIN LESLY
Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam pada waktu dagang.” –Hadith Riwayat Muslim.

Islam dan dakwahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi.
Akibatnya, ada yang kehilangan penglihatan, ada yang gugur syahid, yang terpaksa berhijrah ke habsyah dan akhirnya pendokong-pendokong Islam berhijrah ke Madinah demi mencari keredhaan Allah SWT dan merealisasikan Islam di dalam wajahnya yang murni sebagai ad-Din.


Faktor Dagang Pertama
Terdapat pelbagai faktor islam dagang kali pertama yang dokemukakan oleh pihak tertentu seperti faktor politik, sosial, ekonomi, dan sebagainya. Namun, di sana terdapat satu faktor terbesar yang menyebabkan Islam dagang iaitu faktor aqidah Islam yang berlawanan dengan Jahiliyyah atau kufur.
Islam mengajak kepada aqidah yang sahih, serta realiti hidup salimah, syamilah dan kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran. Islam dan kekufuran sentiasa dalam keadaan harb (peperangan). Kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Kekufuran tidak menerima hukum-hukum dan undang-undang Allah SWT berjalan dan berkuasa di bumi.
Inilah faktor terbesar. Faktor ini wujud di setiap zaman, hatta di zaman sekarang walaupun tersembunyi disebalik faktor-faktor lain.
Dengan ketentuan Allah SWT dan pertolongan-Nya serta berkat usaha, pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat r.a yang sabar dan ikhlas, maka ghurbah (dagang) tersebut telah hilang. Akhirnya petunjuk dan rahmat Allah SWT diterima, dihayati dan didaulatkan sepenuhnya di Madinah Al Munawwarah.
Pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda telah diterima dan diredhai Allah SWT. Mereka adalah contoh ikurtan bagi kerja-kerja dakwah untuk mendaulatkan din Allah. Allah SWT telah mengabdikan pengorbanan mereka dalam firman-Nya:
”Dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.” Surah at-taubah 100.


Ghurbah Ath-Thaniyah ( Dagang Kedua)
Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang dididik oleh Rasulullah S.A.W telah berlalu. kerja-kerja mereka telah selesai. kelemahan umat islam dan kelemahan pimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir ialah kejatuhan Daulah Othmaniyah di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara yang diperintah oleh umat Islam.
Pengaruh it uterus berakar umbi hingga kini di negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam telah kembali ghurbah untuk kali kedua, kini reality menuggu rijal-rijal untuk menghilangkan Ghurbah Ath-Thaniyah.
Benarlah Sabda Rasulullah S.A.W:
“ Islam bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegangdengan Islam ketika ia dagang. ” – Hadith Riwayat Muslim

TADABBUR (AL-BAQARAH:133-136)

by:MUHAMMAD AMIRUL MUKMININ       BIN SHAHARNI


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK

by:NUSAIBAH BINTI SALEHUDIN 


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat

5 KISAH ANEH

KHAIRIL SYAHMI BIN MOKHTAR
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, 
2. Engkau sembunyikan, 
3. Engkau terimalah, 
4. Jangan engkau putuskan harapan, 
5. Larilah engkau daripadanya."
 

 
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. 


      Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."


Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.