Pages

Wednesday, April 7, 2010

ISLAM itu dagang (asing)

by:MOHD FIKRI ISMAIL BIN LESLY
Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam pada waktu dagang.” –Hadith Riwayat Muslim.

Islam dan dakwahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi.
Akibatnya, ada yang kehilangan penglihatan, ada yang gugur syahid, yang terpaksa berhijrah ke habsyah dan akhirnya pendokong-pendokong Islam berhijrah ke Madinah demi mencari keredhaan Allah SWT dan merealisasikan Islam di dalam wajahnya yang murni sebagai ad-Din.


Faktor Dagang Pertama
Terdapat pelbagai faktor islam dagang kali pertama yang dokemukakan oleh pihak tertentu seperti faktor politik, sosial, ekonomi, dan sebagainya. Namun, di sana terdapat satu faktor terbesar yang menyebabkan Islam dagang iaitu faktor aqidah Islam yang berlawanan dengan Jahiliyyah atau kufur.
Islam mengajak kepada aqidah yang sahih, serta realiti hidup salimah, syamilah dan kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran. Islam dan kekufuran sentiasa dalam keadaan harb (peperangan). Kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Kekufuran tidak menerima hukum-hukum dan undang-undang Allah SWT berjalan dan berkuasa di bumi.
Inilah faktor terbesar. Faktor ini wujud di setiap zaman, hatta di zaman sekarang walaupun tersembunyi disebalik faktor-faktor lain.
Dengan ketentuan Allah SWT dan pertolongan-Nya serta berkat usaha, pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat r.a yang sabar dan ikhlas, maka ghurbah (dagang) tersebut telah hilang. Akhirnya petunjuk dan rahmat Allah SWT diterima, dihayati dan didaulatkan sepenuhnya di Madinah Al Munawwarah.
Pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda telah diterima dan diredhai Allah SWT. Mereka adalah contoh ikurtan bagi kerja-kerja dakwah untuk mendaulatkan din Allah. Allah SWT telah mengabdikan pengorbanan mereka dalam firman-Nya:
”Dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar.” Surah at-taubah 100.


Ghurbah Ath-Thaniyah ( Dagang Kedua)
Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang dididik oleh Rasulullah S.A.W telah berlalu. kerja-kerja mereka telah selesai. kelemahan umat islam dan kelemahan pimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir ialah kejatuhan Daulah Othmaniyah di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara yang diperintah oleh umat Islam.
Pengaruh it uterus berakar umbi hingga kini di negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam telah kembali ghurbah untuk kali kedua, kini reality menuggu rijal-rijal untuk menghilangkan Ghurbah Ath-Thaniyah.
Benarlah Sabda Rasulullah S.A.W:
“ Islam bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegangdengan Islam ketika ia dagang. ” – Hadith Riwayat Muslim

0 comments:

Post a Comment